Wavy Tail

Tuesday, December 3, 2019

Sumbang Mahram kepada Kanak-Kanak


  •   Apa itu sumbang mahram?
Sumbang mahram ialah hubungan yang dilakukan bersama seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan seperti ibu bapa, adik beradik, bapa saudara, ibu saudara, bapa atau ibu tiri dan sebagainya.

  •  Sebab berlakunya sumbang mahram
 Kurang didikan agama dalam diri ibu bapa dan juga keluarga menjadi salah satu penyebab sumbang mahram berlaku pada zaman modenisasi ini. Selain itu, keluarga atau ibu bapa kini terlalu fokus mencari kemewahan dunia sehingga mengabaikan ilmu bekalan untuk akhirat. Tanpa mereka sedari, pengetahuan tentang agama mereka semakin berkurangan dan dapat menggalakkan sumbang mahram antara ibu bapa bersama anak-anak mereka. 



Ibu bapa atau keluarga yang gagal mengawal iman mereka ketika melihat anak-anak mereka yang berpakaian seksi atau ketat di dalam rumah. Kanak-kanak kini yang semakin terdedah dengan dunia fesyen yang tidak sepatutnya menjadi contoh untuk mereka sehingga mencuba pakaian yang seksi atau ketat ketika berada di rumah atau juga di luar rumah. Tanpa mereka sedar, ianya dapat merangsang nafsu ibu atau bapa yang mempunyai nafsu liar keatas anak-anak mereka sendiri. 

Kanak-kanak sudah dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baru yang mereka pelajari. Ibu bapa yang sibuk hanya memberikan gajet kepada anak-anak mereka supaya tidak mengganggu ibu bapa yang sibuk bekerja. Dengan gajet, kanak-kanak mudah terpengaruh serta melihat perkara-perkara lucah kerana internet terlalu mendedahkan bahan-bahan yang tidak sesuai untuk umur kanak-kanak. Daripada itu, kanak-kanak ingin mencuba melakukan perkara tersebut dengan adik beradik mereka tanpa mengira hukum agama yang melarang perbuatan tersebut dan ibu bapa yang tidak sedar akan perkara tersebut akibat lalai melakukan kerja. 

Ekonomi keluarga yang rendah juga menjadi penyebab utama berlakunya sumbang mahram. Ibu bapa tidak dapat mencari rumah yang besar akibat kekangan kewangan yang sedikit dan harga rumah pada masa kini semakin lama semakin tinggi. Mereka terpaksa berkongsi ruang bilik yang sempit dengan bilangan ahli keluarga yang ramai sehingga perhubungan adik beradik yang berlainan jantina tidak dapat dielakkan. Ianya juga sukar dielakkan jika adik beradik sudah mencapai akil baligh.
  • Apakah kesan sumbang mahram? 

  •  Kemurungan



  • Hilang keyakinan diri
  • Hilang kepercayaan diri
  • Rasa bersalah
  • Cuba membunuh diri



        Keratan akhbar dalam talian







       Rujukan

 
 







No comments:

Post a Comment

Origami

    Membuat origami dapat mengajar kanak-kanak tentang erti kesabaran. Kanak-kanak akan bersabar membuat origami daripada langkah pertama...