Wavy Tail

Monday, December 2, 2019

Penculikan Kanak-Kanak


  • Apakah itu penculikan kanak-kanak?

Penculikan kanak-kanak ialah satu tindakan jenayah yang mengambil seseorang tanpa kerelaan hati mereka. Penculikan kanak-kanak dapat kita bendung jika kita semua ada sikap prihatin dalam diri. Malahan, pada masa kini ibu bapa marah dan tidak puas hati jika ada orang lain menegur atau berbicara dengan anak-anak kita. Hal itu terjadi kerana kita memandang remeh akan penculikan yang semakin berleluasa dalam kehidupan tanpa kita sedari. Selagi hal itu tidak terjadi kepada anak-anak kita, selagi itu kita tidak ambil iktibar atas kejadian penculikan ini. Bukan itu sahaja, ibu bapa lalai mengawasi kanak-kanak ketika membiarkan kanak-kanak bermain di taman permainan dan juga ketika ibu bapa sedang membeli belah di pasaraya kerana sibuk mencari barang-barang keperluan atau fokus bermain telefon bimbit.
  • ·Apakah penyebabnya?
Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kehidupan kanak-kanak seperti kepulangan kanak-kanak dari sekolah, bermain di luar rumah dan juga dengan siapa mereka bermain. Ibu bapa melepaskan tanggungjawab mereka kepada guru dan juga pengasuh tanpa menghiraukan keselamatan kanak-kanak. 
Kawasan rumah yang tidak selamat juga menjadi salah satu penyebab yang harus kita titikberatkan. Bukan sahaja kawasan rumah tetapi kawasan tadika dan juga kawasan rumah pengasuh perlulah diperhatikan terlebih dahulu sebelum menghantar kanak-kanak sewaktu kita keluar bekerja. Kita perlu melihat kawasan tersebut mestilah perumahan yang mempunyai ramai penghuninya. Apabila kawasan tersebut dalam keadaan riuh rendah, penculik pasti mempunyai kebimbangan untuk melakukan penculikan kerana takut aktiviti mereka dilaporkan kepada pihak polis. 
  • Mengapakah kanak-kanak ramai menjadi mangsa penculikan?

Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak merupakan insan yang memiliki saiz tubuh badan yang kecil dan sihat. Hal ini menarik minat penculik untuk menculik golongan kanak-kanak dengan lebih banyak bagi memenuhi permintaan penculik. 

Kanak-kanak yang bersaiz kecil senang untuk mereka menghapuskan bukti mereka dengan cara menyumbat kanak-kanak ke dalam bagasi. Seterusnya, kanak-kanak mempunyai organ yang sihat kerana mereka belum terdedah dengan penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung dan pelbagai penyakit lagi. Oleh itu, kanak-kanak menjadi mangsa pertama untuk penjualan organ di luar negara. 

Seterusnya, kanak-kanak dijadikan peminta sedekah di luar negara seperti di Indonesia atau juga Thailand kerana orang dewasa bersimpati dengan kanak-kanak dan memberi wang kepada kanak-kanak. Jika kanak-kanak tidak dapat mengumpul wang yang pihak sindiket mahukan, kanak-kanak itu akan dipukul. 

Oleh itu, ibu bapa dan juga orang dewasa perlulah berwaspada dan bersikap terbuka supaya kita dapat mencegah kanak-kanak daripada diculik. Akan tetapi, ibu bapa juga perlu mengkhuatiri kanak-kanak berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Bukan itu sahaja, ibu bapa dan guru juga perlu mendidik kanak-kanak supaya menjauhi orang tidak dikenali serta tidak mengambil sesuatu dari mereka seperti gula-gula atau aiskrim. Semoga ibu bapa mengambil iktibar dari kelalaian diri dan tidak menyesal di kemudian hari.
       

          Keratan akhbar dalam talian. 







      Rujukan











No comments:

Post a Comment

Origami

    Membuat origami dapat mengajar kanak-kanak tentang erti kesabaran. Kanak-kanak akan bersabar membuat origami daripada langkah pertama...