Assalamualaikum dan hai!
Kami merupakan pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu. Kami membuat blog ini untuk menyelesaikan tugasan bagi subjek (KPK 2163) Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai Alat Rangsangan Pembelajaran di bawah seliaan Puan Umi Azianawati bt Mohamed @ Abd Aziz. Kami akan berkongsi mengenai pendidikan awal kanak-kanak di blog ini.
Kami memilih tajuk aktiviti bermain untuk kanak-kanak supaya ibu bapa atau guru memperoleh idea permainan yang berfaedah yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu lapang. Bermain merupakan fitrah kanak-kanak dan dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, ibu bapa haruslah menggalakkan kanak-kanak bermain setiap hari dan ibu bapa wajarlah meluangkan masa untuk bermain bersama-sama kanak-kanak.
Selain itu, kami memilih tajuk cadangan aktiviti seni kepada kanak-kanak supaya dapat memberi cadangan kepada ibu bapa dan guru mengenai aktiviti seni yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti seni amat penting kepada kanak-kanak kerana aktiviti seni dapat meningkatkan motor halus, imaginasi dan kreativiti.
Seterusnya, kami memilih tajuk isu-isu semasa dalam pendidikan awal kanak-kanak supaya dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pada masa kini. Isu-isu semasa tersebut dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa, guru dan masyarakat agar lebih berhati-hati dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.
Kami berharap anda akan mendapat manfaat daripada perkongsian kami.
Kami berharap anda akan mendapat manfaat daripada perkongsian kami.
Dari kiri: Asma, Syahirah, Atira, Mashitah |