Wavy Tail

Sunday, December 8, 2019

About Us

Assalamualaikum dan hai!

Kami merupakan pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu. Kami membuat blog ini untuk menyelesaikan tugasan bagi subjek (KPK 2163) Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai Alat Rangsangan Pembelajaran di bawah seliaan Puan Umi Azianawati bt Mohamed @ Abd Aziz. Kami akan berkongsi mengenai pendidikan awal kanak-kanak di blog ini.

Kami memilih tajuk aktiviti bermain untuk kanak-kanak supaya ibu bapa atau guru memperoleh idea permainan yang berfaedah yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu lapang. Bermain merupakan fitrah kanak-kanak dan dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, ibu bapa haruslah menggalakkan kanak-kanak bermain setiap hari dan ibu bapa wajarlah meluangkan masa untuk bermain bersama-sama kanak-kanak.

Selain itu, kami memilih tajuk cadangan aktiviti seni kepada kanak-kanak supaya dapat memberi cadangan kepada ibu bapa dan guru mengenai aktiviti seni yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti seni amat penting kepada kanak-kanak kerana aktiviti seni dapat meningkatkan motor halus, imaginasi dan kreativiti.

Seterusnya, kami memilih tajuk isu-isu semasa dalam pendidikan awal kanak-kanak supaya dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pada masa kini. Isu-isu semasa tersebut dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa, guru dan masyarakat agar lebih berhati-hati dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Kami berharap anda akan mendapat manfaat daripada perkongsian kami.

Dari kiri: Asma, Syahirah, Atira, Mashitah



Thursday, December 5, 2019

Program Sukaneka di Tadika Taman Setia




Pada 11 November 2019 iaitu hari Isnin telah berlangsungnya Program Sukaneka di Tadika Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah yang telah dianjurkan oleh pelajar Kolej Ketengah dari Batch 9 jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Terdapat aktiviti untuk kanak-kanak dan aktiviti untuk cikgu tadika bersama-sama dengan pelajar kolej. Antara aktiviti untuk kanak-kanak ialah membawa bola pingpong, kepit bola, kerusi muzik, pecah belon dan mengisi air dalam botol. Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan fizikal, mengeratkan hubungan antara kanak-kanak dan mengajar nilai kerjasama kepada kanak-kanak.

Aktiviti untuk cikgu tadika dan pelajar kolej ialah membawa bola pingpong menggunakan chopstick, passing batik, boling, belon beracun dan kerusi muzik. Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar kolej dan guru tadika.

Program ini dihadiri oleh 43 orang pelajar kolej, 2 orang pensyarah, 12 orang kanak-kanak dan 3 orang guru tadika. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang diberi oleh pelajar kolej. Program ini mengajar pelajar kolej untuk mengendalikan sesuatu 
program dengan baik.   

Aktiviti bermain dengan kanak-kanak di Tadika Taman Setia 

 Sesi pagi menikmati sarapan pagi
                                                   


Aktiviti membawa bola pingpong


 Aktiviti kerusi muzik

 Aktiviti mengisi air dalam botol

Aktiviti guru tadika dengan pelajar Kolej Ketengah 


 Aktiviti membawa bola pingpong menggunakan chopstick 




Aktiviti passing batik bersama guru tadika dengan pelajar kolej



Tuesday, December 3, 2019

Penderaan Kanak-Kanak



Dikala kita terdengar perkataan penderaan. Apakah yang terbayang di fikiran? Pasti kita akan membayangkan mereka yang disepak, diterajang, dan dipukul tanpa belas kasihan. Dengan zaman yang serba moden ini, pasti semua akan  mengangkat telefon bimbit dan merakam tanpa sekelumit perasaan untuk membantu mereka yang dikasari di depan mata kita sendiri. Video itu disebarkan dan diviralkan di laman sosial dengan berleluasa. Kita menjatuhkan hukuman kepada pendera melalui komen-komen yang tak berguna dengan hujung jari sahaja. Perkara itu kita lakukan dengan perasaan bangga kerana para netizen mengutuk perbuatan pendera tetapi perkara itu sudah menjadi satu penderaan psikologi. 
Kategori penderaan di malaysia ialah: 
1. Penderaan fizikal. 

Penderaan fizikal merupakan tindakan keras yang dilakukan dengan memukul, menumbuk, menendang dan sebagainya yang dapat mencederakan tubuh badan seseorang atau menghalang keperluan seseorang seperti makan dan minum menyebabkan mangsa lapar da tidak bertenaga. Penderaan fizikal ini berlaku dikala ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu dan rasa tanggungjawab terhadap anak-anak mereka sendiri. Pada kebiasaannya, pasangan suami isteri yang kerap mendera anak-anak mereka ialah pasangan yang berkahwin muda. Mereka menganggap berkahwin muda dapat mengelakkan maksiat tetapi mereka tidak sedar apabila mereka melangkah masuk ke alam perkahwinan, mereka akan memikul tanggungjawab yang besar terutamanya para suami. Para suami atau bapa yang penat seharian mencari nafkah untuk menyara isteri dan anak mereka. Apatah lagi, beban hutang pengajian yang belum dilangsaikan sepenuhnya menyebabkan mereka tertekan. Mereka melepaskan tekanan mereka melalui cara memukul anak-anak mereka tanpa rasa belas kasihan. 
2. Penderaan psikologi dan emosi.  

Penderaan psikologi dan emosi terhadap kanak-kanak menurut Kasmini(1998) mengatakan bahawa penderaan emosi merupakan satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Sebagai contoh, memberi ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah seseorang terutamanya kanak-kanak. Penderaan emosi wajarlah diambil perhatian yang teramat kerana ia dapat membantutkan perkembangan kanak-kanak yang sedang berkembang. Bukan itu sahaja, pembelajaran kanak-kanak juga akan terganggu sehingga menjejaskan kehidupan warna-warni kanak-kanak tersebut. 
Kasmini menyatakan bahawa terdapat 5 ciri penderaan emosi: 
a)        Penolakan - Perlakuan ibu bapa yang tidak menerima kehadiran kanak-kanak yang memerlukan bantuan atau kasih sayang ibu bapa ketika kanak-kanak itu dalam kesusahan. 
b)        Pengasingan - Perlakuan ibu bapa menjauhkan kanak-kanak daripada bergaul bebas dengan masyarakat luar atau kawan-kawan mereka secara terlampau seperti mengurung kanak-kanak di dalam rumah arau bilik. 
c)        Menakutkan - Perlakuan ibu bapa yang menakutkan kanak-kanak jika mereka mengingkari arahan ibu bapa seperti mengatakan untuk membunuh atau meninggalkan kanak-kanak jika mereka degil. 
d)       Sikap tidak peduli - Perlakuan ibu bapa yang tidak ambil peduli sesuatu perkara yang berkaitan kanak-kanak seperti sengaja mengabaikan usaha kanak-kanak untuk mendapatkan belaian dari keluarga mereka. 
e)        Merasuah pemikiran kanak-kanak - Perlakuan ibu bapa yang menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan jenayah atau kegiatan yang tidak sihat untuk kepentingan ibu bapa mereka sendiri.
 3. Penderaan seksual 

Penderaan seksual ialah pemaksaan terhadap kanak-kanak untuk melakukan atau melihat perkara yang berbentuk seksual tanpa kemahuan kanak-kanak tersebut seperti mencabul, liwat dan juga rogol. Penderaan ini mampu meruntuhkan masa depan kanak-kanak untuk menggapai cita-cita mereka. Perkara ini juga kita harus takutkan kerana bukan sahaja keluarga yang melakukan hal tersebut tetapi guru-guru mereka sendiri yang mencuba melakukan hal tersebut dengan kanak-kanak itu. Penderaan seksual tidak dapat dibendung lagi kerana penderaan ini semakin lama semakin meningkat dalam masyarakat di bandar dan juga di kampung. Salah satu penyebabnya ialah gejala media sosial yang meluas. Media sosial terdedah secara meluas dengan memaparkan aktiviti seksual kepada kanak-kanak sehingga kanak-kanak mencuba untuk melakukan hal tersebut. Untuk menangani penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah kita haris mendidik diri sendiri terbih dahulu kerana kadang-kadang orang dewasa merupakan penyebab penderaan seksual. Seterusnya, memahami dan mendengar keluhan kanak-kanak jika mereka mempunyai masalah. Apabila mereka cuba berkongsi masalah mereka dengan kita, itu berarti mereka memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kita. Ibu bapa dan guru perlulah memberi peranan penting untuk mengajar kanak-kanak tentang penjagaan tubuh badan yang tidak boleh dipegang oleh orang yang tidak dikenali. 

Oleh itu, penderaan terhadap kanak-kanak harus dibendung kerana perkara ini dapat memusnahkan masa depan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan peningkatan perkembangan kanak-kanak dan juga kanak-kanak membesar dengan keadaan trauma untuk berinteraksi dengan kawan-kawan mereka dan juga orang yang menyayangi mereka. Kanak-kanak yang periang dan penghibur berubah menjadi pendiam sehingga dunia ini sepi tanpa gelak tawa kanak-kanak. Mari kita bangkit untuk mencegah penderaan kepada kanak-kanak.
 

Sumbang Mahram kepada Kanak-Kanak


  •   Apa itu sumbang mahram?
Sumbang mahram ialah hubungan yang dilakukan bersama seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan seperti ibu bapa, adik beradik, bapa saudara, ibu saudara, bapa atau ibu tiri dan sebagainya.

  •  Sebab berlakunya sumbang mahram
 Kurang didikan agama dalam diri ibu bapa dan juga keluarga menjadi salah satu penyebab sumbang mahram berlaku pada zaman modenisasi ini. Selain itu, keluarga atau ibu bapa kini terlalu fokus mencari kemewahan dunia sehingga mengabaikan ilmu bekalan untuk akhirat. Tanpa mereka sedari, pengetahuan tentang agama mereka semakin berkurangan dan dapat menggalakkan sumbang mahram antara ibu bapa bersama anak-anak mereka. 



Ibu bapa atau keluarga yang gagal mengawal iman mereka ketika melihat anak-anak mereka yang berpakaian seksi atau ketat di dalam rumah. Kanak-kanak kini yang semakin terdedah dengan dunia fesyen yang tidak sepatutnya menjadi contoh untuk mereka sehingga mencuba pakaian yang seksi atau ketat ketika berada di rumah atau juga di luar rumah. Tanpa mereka sedar, ianya dapat merangsang nafsu ibu atau bapa yang mempunyai nafsu liar keatas anak-anak mereka sendiri. 

Kanak-kanak sudah dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baru yang mereka pelajari. Ibu bapa yang sibuk hanya memberikan gajet kepada anak-anak mereka supaya tidak mengganggu ibu bapa yang sibuk bekerja. Dengan gajet, kanak-kanak mudah terpengaruh serta melihat perkara-perkara lucah kerana internet terlalu mendedahkan bahan-bahan yang tidak sesuai untuk umur kanak-kanak. Daripada itu, kanak-kanak ingin mencuba melakukan perkara tersebut dengan adik beradik mereka tanpa mengira hukum agama yang melarang perbuatan tersebut dan ibu bapa yang tidak sedar akan perkara tersebut akibat lalai melakukan kerja. 

Ekonomi keluarga yang rendah juga menjadi penyebab utama berlakunya sumbang mahram. Ibu bapa tidak dapat mencari rumah yang besar akibat kekangan kewangan yang sedikit dan harga rumah pada masa kini semakin lama semakin tinggi. Mereka terpaksa berkongsi ruang bilik yang sempit dengan bilangan ahli keluarga yang ramai sehingga perhubungan adik beradik yang berlainan jantina tidak dapat dielakkan. Ianya juga sukar dielakkan jika adik beradik sudah mencapai akil baligh.
  • Apakah kesan sumbang mahram? 

  •  Kemurungan



  • Hilang keyakinan diri
  • Hilang kepercayaan diri
  • Rasa bersalah
  • Cuba membunuh diri



        Keratan akhbar dalam talian







       Rujukan

 
 







Origami

    Membuat origami dapat mengajar kanak-kanak tentang erti kesabaran. Kanak-kanak akan bersabar membuat origami daripada langkah pertama...